Petua Madu


Petua Umum Pengamalan Madu ( tergantung keserasian individu)



Kesihatan Anak

Madu mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak. Sebahagian pendapat jangan melebihi 2 1/2 sudu besar dalam sehari.

 Kecerdasan/Kepintaran
 2 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak zaitun, 3 biji kismis, 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). Caranya: Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

 Kecergasan/Keaktifan Tubuh
Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

 Menambah Darah (Anemia)
 3 sudu besar madu 3 kali sehari.

 Susah Tidur Malam
 2 sudu besar madu + segelas air suam.

 Batuk (semua jenis batuk)
 1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.

 Darah Tinggi
 1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

 Sakit Jantung
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

 Sembelit (susah buang air besar)
 2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.

 Sesak Nafas
 3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

 Sakit Pinggang
 1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

 Serak (Hilang Suara)
 1 inci halia (tumbuk halus) + 2 sudu besar madu lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari hingga sembuh.

 Menambah Selera Makan
 Minum 1~3 sudu besar madu 3 kali sehari.

 Kudis
7 biji bawang merah + 2 sudu besar madu, sebatikan dan sapukan pada tempat kudis.
14. Sakit Perut Memulas
Minum 1~2 sudu besar 3 kali sehari atau semasa sakit bersama sedikit air suam

 Luka
Sapukan pada luka. Gunakan madu dalam kuantiti yang sesuai jika lukanya besar. Insya allah ada perubahan positif dalam masa 1~2 minggu.


KHUSUS LELAKI


Lemah Syahwat


3 sudu besar madu + 3 biji lada putih atau lada hitam + 1 inci  halia + 1 biji limau nipis + 1 sudu besar kopi + 1 sudu besar kicap manis + 1 biji kuning telur ayam. Caranya, lada dan halia ditumbuk halus lalu digaul dengan semua bahan di atas. Minum 2-3 jam sebelum tidur. 

Menambah Ereksi
 11 biji lada putih atau lada hitam + 3 biji bawang putih ditumbuk sampai halus + 1 biji kuning telur ayam + 2 sudu besar madu. Minum selama seminggu.

Mani Cair
5 biji kemiri/buah keras ditumbuk halus + 1 biji kuning telur ayam + 1 sudu besar madu. Minum selama seminggu.

Menguatkan dan Mengeraskan alat kelamin (Minum)
       20 biji bawang merah + 20 biji bawang putih diperah dan diambil airnya, campurkan madu sebanyak air perahan bawang tadi, lalu dimasak sampai air bawangnya hilang, minum 3sudu besar selama 7 hari.



KHUSUS WANITA

Air Muka: Untuk mengindah wajah air muka yang kering tidak berseri.


Bahan: Madu, Minyak Zaitun, air sejuk dan air suam. Caranya, basuh muka dengan air sejuk dan biarkan 3 minit kemudian lumurkan muka dengan madu selama ~15minit. Kemudian bilas muka dengan air suam dan biarkan kering. Kemudian lumuri muka dengan minyak Zaitun. Insya allah ada perubahan yang positif setelah diamalkan selama 1 minggu.

Meremajakan Kulit Muka
½ cawan tepung gandum + 2 sudu besar madu + putih telur secukupnya hingga terentuk pasta untuk masker.  Sapukan ke wajah hingga rata, biarkan selama 1 jam. Stelah itu bershkan dengan air suam dan air sejuk secara bergantian. Gunakan air sejuk pada bilasan terakhir. Lakukan dengan kerap hingga anda memiliki wajah yang bersih, hlaus, licin dan bercahaya sehingga kelihatan lebih muda.

Menghilangkan kedut Wajah
1 biji telur ayam + 1 sudu besar madu dikacau rata dan biarkan selama 30 minit.Kemudian bersihkan dengan air suam dan air sejuk secara belang seli diakhiri dengan air sejuk. Cara ini juga digunakan untuk melicinkan serta menghaluskan kulit tubuh yang lain.

Menghaluskan Kulit Tangan
2 sudu besar madu + 1 biji perahan limau nipis dikacau rata lalu disapukan keseluruh kulit tangan hnga rata sambil diurut dan dipicit dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci dengan air suam dan air sejuk dengan diakhiri air sejuk. Apabila sering dilakukan maka kulit tangan anda akan menjadi sangat halus dan lembut.

Jerawat dan Bintik Hitam di Wajah
1 gelas air suam + 2 sudu besar madu dan dikacau rata lalu disapukan ke wajah hingga rata dan dibiarkan selama ~20 minit.Kemudian cuci dengan air suam dan yang terakhir air sejuk. Amalkan minum 2 sudu besar madu 3 kali sehari sebelum makan.

InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment